suria

Empat termasuk wanita hamil dipercayai maut dihempap tangga rumah

Anggota bomba membuat pemeriksaan sebelum mengeluarkan empat mangsa dipercayai maut dalam kejadian runtuhan tangga rumah dua tingkat masih dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar tengah hari Ahad.

EMPAT dipercayai maut termasuk seorang wanita mengandung akibat dihempap tangga rumah yang masih dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar, Subang tengah hari Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 12.57 tengah hari tadi.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh ke lokasi dan tiba 10 minit kemudian.

Wanita hamil antara maut dalam kejadian itu.

“Berdasarkan laporan awal, empat mangsa (tiga lelaki dan seorang wanita mengandung) didapati dihempap tangga rumah dua tingkat yang tiba-tiba runtuh.

Empat mangsa termasuk dua warga Indonesia dipercayai turut terkena renjatan arus elektrik,” katanya.

Norazam berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan status kesemua mangsa daripada pihak hospital. - Sinar Harian

maut, dihempap, tangga rumah

Artikel Lain