suria

Pasangan warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh, sebelum dibakar

Rumah yang didiami mangsa, dipercayai dibunuh sebelum dibakar.

SEPASANG warga emas ditemui mati dengan beberapa kecederaan sebelum dibakar, di sebuah rumah dua tingkat di Taman Desa Melati dekat Nilai, Negeri Sembilan, Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Nor Marzukee Besar berkata, pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira pukul 9.20 malam.

Pasukan bomba menemui mayat yang dikenali pasti sebagai Tan Kim Joo dan isterinya, Ng Chong Hwa, kedua-duanya berusia 67 tahun di tempat berasingan.

"Gril dan pintu depan terkunci dari dalam, tetapi pintu belakang didapati terbuka.

"Kim Joo mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri, dahi dan lengan kanannya.

"Isterinya cedera pada bahagaian dada dan pergelangan tangan kiri," katanya, sambil menambah bahawa Kim Joo merupakan seorang pesara jurutera, manakala isterinya bertugas sebagai guru.

Nor Marzukee berkata, mayat Kim Joo ditemui di dapur, manakala mayat Choo Hwa dijumpai di stor.

Beliau memberitahu, berdasarkan pemeriksaan menunjukkan kebakaran bermula dari sebuah bilik yang diubah suai menjadi gim.

Menurut Nor Marzukee, siasatan awal mendapati pasangan itu tinggal bersama di rumah tersebut selama 10 tahun.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - The Star

warga emas, bakar

Artikel Lain