SEBUAH kereta perisai tentera terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta, di Jalan Lingkaran Tengah di Seremban, Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 4.30 petang, ketika kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun bersama tiga orang penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Sikamat menuju ke Nilai. Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta perisai jenis Gempita AV8 milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari lorong kiri telah terlanggar bahagian belakang kereta wanita itu menyebabkan kereta itu berpusing dan terbabas ke kanan bahu jalan. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kemalangan itu," katanya dalam kenyataan, Selasa. Katanya difahamkan, kereta perisai tersebut sedang dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, menuju ke Port Dickson bagi menghadiri Perbarisan Kor Armor Diraja bersama lima buah lagi kereta perisai tentera yang diiringi sebuah jip tentera. Katanya kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. -Bernama View this post on Instagram ??? ? Abu Firzan #mstaronline #mstarxs A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 5, 2019 at 6:16am PDT