BEDAH siasat ke atas ke Nora Anne Quoirin menunjukkan bahawa dia meninggal dunia akibat kebocoran usus mungkin kerana ketiadaan makanan dalam tempoh panjang dan stres berpanjangan. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop pada Khamis berkata, tiada tanda-tanda penculikan dan bukti remaja itu dirogol. Mohamad juga memberitahu, remaja itu juga telah meninggal dunia kira-kira tiga hingga empat hari sebelum mayatnya ditemui. ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan Nora Anne ARTIKEL BERKAITAN: Bersemadi dengan tenang Nora... #NoraQuoirin trending di Twitter, netizen dalam dan luar negara luah rasa simpati "Hasil bedah siasat dijalankan mendapati remaja itu mati akibat kebocoran usus mungkin akibat stres berpanjangan dan tidak ada makanan dalam tempoh yang panjang,” katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban, Khamis. Proses bedah siasat mayat Nora Anne bermula 11.45 pagi semalam dan berlarutan sehingga malam tadi, diketuai pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, dibantu pakar dari Jabatan Kimia, dan Jabatan Forensik Petaling Jaya. Nora Anne dilapor hilang pada 4 Ogos, sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan. Sesulan itu pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan penyelamat (SAR) yang secara keseluruhannya melibatkan 353 anggota daripada PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pasukan elit PDRM Komando VAT69, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta sukarelawan. Selepas 10 pencarian dilakukan, mayat gadis itu ditemukan di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi SAR, pada 1.57 tengah hari Selasa. Nora Anne tiba di resort bersama ibu bapanya, Sebastian Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin serta dua orang adiknya, Innes Julia serta Maurice Arthure. -The Star