suria

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

Perjalanan menggunakan kereta api sebenarnya lebih cepat dan mudah.

JIKA anda seorang kaki travel, sudah tentu beberapa perkara akan diberi penekanan terutama hal berkaitan penginapan, tempat makan terbaik serta kaedah untuk pergi dari satu tempat ke destinasi lain dengan efisyen akan disenaraikan.

Hakikatnya kemudahan pengangkutan adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan pelancong.

Tersesat di bumi asing bukan sahaja membazirkan masa anda tetapi lebih membimbangkan ia akan memberi kesan kepada jadual percutian anda.

Setiap negara dan benua mempunyai kaedah pengangkutan yang berbeza.

Ketika orang di Amerika Syarikat lebih meminati perjalanan 'road trip', sebaliknya penggembaraan menggunakan kereta api atau tren di Eropah kini bagaikan satu trend dan ianya berlaku atas sebab yang munasabah!

Nikmati pemandangan Benelux ketika anda merentasi Belanda dan Belgium menggunakan kereta api elektrik.

Tradisi Eropah

Antara rahsia terbaik yang perlu diketahui pelancong, perjalanan menggunakan tren lebih murah berbanding alternatif lain terutamanya jika anda membeli tiket lebih awal.

Dikenali kerana pengangkutan awam dan mempunyai akses yang mudah, kereta api menghubungkan setiap bandar di benua Eropah.

Great Britain merupakan perintis kemudahan tersebut semasa Revolusi Perindustriannya pada 1840-an di mana kereta api mengangkut sejumlah besar arang batu dan besi dari lombong menuju ke kilang.

Kemudahan itu turut memberi manfaat kepada pengguna dari kawasan pinggir bandar England untuk ke bandar utama.

Susulan itu, laluan kereta api berkembang merentasi Eropah pada awal tahun 1990-an sekali gus menghubungkan sebahagian besar kawasan bandar.

Jimat wang dan masa


Perjalanan menggunakan kereta api juga boleh merehatkan minda anda.

Pelancong sering terlupa stesen kereta api cenderung terletak di pusat bandar manakala lapangan terbang pula biasanya di pinggir bandar.

Sebagai contoh, dari Paris ke Amsterdam, anda boleh menaiki kereta api berkelajuan tinggi Thalys di pusat bandar, Gare du Nord.

Perjalanan mengambil masa selama tiga jam 30 minit untuk sampai ke stesen Amsterdam Centraal, tidak jauh dari pusat bandar.

Kini cuba bayangkan perjalanan yang sama dengan menaiki kapal terbang. Selain perlu mengambil teksi menuju ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle, anda memerlukan masa tambahan selama satu jam setengah untuk prosedur sebelum pelepasan.

Dan satu-satunya bahagian yang mampu membuat anda tersenyum adalah jarak penerbangan yang hanya mengambil masa lebih sejam.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Amsterdamn Schiphol, ada perjalanan sejauh 18 kilometer lagi yang perlu ditempuhi sebelum tiba di pusat bandar, menjadikan jumlah perjalanan lebih empat jam.

Jadi walaupun pesawat dilihat pilihan paling mudah, harus diingat ia bukanlah kaedah efisyen atau perjalanan yang singkat.

Lebih pengalaman semasa melancong

Terbaik dari semua! Perjalanan dengan tren mendedahkan pelancong kepada perspektif yang lebih luas dan menyelami suasana serta persekitaran mengenai Eropah yang sebenar.

Anda akan merasai keseronokan melihat pemandangan dan landskap menarik di depan mata, bermula dari senibina Perancis yang hebat, kastil Belanda yang mengagumkan sehinggalah ladang anggur dan bunga tulip yang kembang mekar.

Sepanjang perjalanan itu, anda bebas meninggalkan peranti elektronik dan bergerak sesuka hati, baik untuk menikmati hidangan di tempat duduk atau ambil minuman di bar bufet yang disediakan dalam perkhidmatan tren.

Sebagai contoh, jika memilih Glacier Express antara Zermatt dan St Moritz, Switzeland ia mampu menyegarkan mata dengan pengalaman indah pendakian ke Terowong Albula.

Pilih "Excellence Class' dan jadi salah seorang daripada 20 penumpang untuk menyaksikan pemandangan memukau di luar tingkap dan nikmati set lima sajian makan tengah hari meliputi menu wilayah dan bermusim termasuk minuman beralkohol sebagai pembuka selera.

Merentasi pergunungan benua Eropah menggunakan tren satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Nikmati kebebasan

Sementara itu, pengalaman perjalanan menggunakan pesawat biasanya amat terhad dengan ruang kecil untuk bergerak selain pemandangan yang agak terbatas.

Meskipun langkah keselamatan yang lebih ketat demi keselamatan penumpang, protokal masa yang intensif boleh menjejaskan keseronokan percutian anda.

Perlu diingat, jangan bawa bersama cecair di dalam beg tangan anda di dalam penerbangan antarabangsa, kerana boleh berdepan risiko dirampas pihak berkuasa.

Jika menggunakan penerbangan domestik, anda juga perlu menanggalkan semua barangan yang ada pada badan anda untuk tujuan pemeriksaan.

Mesra alam

Perjalanan menggunakan kereta api cenderung kepada kehidupan yang lebih mampan dan mesra alam, lebih-lebih lagi tren berkelajuan tinggi di Eropah biasanya digerakkan menggunakan tenaga elektrik.

Sebaliknya, pesawat pula mengeluarkan asap karbon dalam kuantiti lebih besar, kurang ideal dengan krisis iklim semasa dunia.

Laporan 2016 dalam Buletin Persatuan Meteorologi Amerika bertajuk “Kesan Penerbangan Terhadap Cuaca” menunjukkan sebatian yang dilepaskan menerusi bahan bakar pesawat termasuk karbon dioksida secara radiatif atau kimia, karbon hitam, oksida nitrogen, hidrokarbon, karbon monoksida, sulfur oksida dan air boleh memberi kesan kepada pemanasan global.

Kereta api menghasilkan tenaga boleh diperbaharui dan membawa anda melewati beberapa pemandangan Eropah yang mempesonakan.

Untuk rancang percutian anda ke Eropah, layari www.klook.com untuk segalanya yang anda perlukan dari tiket kereta api matawang Euro dan juga destinasi menarik, pakej pelancongan serta menjelajah, aktiviti dan pengalaman, selain keperluan perjalanan seperti kad Wifi dan juga kad sim serta makanan.

Mulai sekarang, anda dapat potongan RM100 apabila menempah mana-mana perkhidmatan destinasi di Eropah menggunakan kod promo GREATEU100. Pengembaraan menarik di Eropah menanti anda!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain