suria

“Teh tarik satu” pesan Agong ketika singgah restoran di Putrajaya

Foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram Istana Negara.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan sisi bersahaja dan merendah diri baginda sewaktu dirakam sedang bersantap di sebuah restoran.

Foto tersebut disiarkan menerusi laman Instagram rasmi Istana Negara, sewaktu baginda mencemar duli di restoran Nasi Lemak Royale Kedah, Putrajaya.

Baginda tiba ke premis berkenaan untuk bersantap selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Melawati, pada Rabu.

Menerusi tiga foto yang dikongsi, baginda dilihat sedang berbual dengan beberapa individu yang berada di lokasi itu.

Ia bukanlah kali pertama Sultan Abdullah dirakam sedang menikmati hidangan di restoran biasa seperti orang kebanyakan.

Sebelum ini, baginda pernah menjadi perhatian sewaktu berkunjung ke restoran makanan segera KFC di Temerloh, Pahang. - The Star.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, video yang dikongsi di Instagram Istana Negara memaparkan baginda memakai suit lengkap bertali leher itu memasuki restoran berkenaan lantas memesan sendiri minuman.

"Apa ada jual?" tanya Tuanku kepada peniaga restoran berkenaan.

Dijawab peniaga itu, "macam-macam ada Tuanku" sebelum bertanyakan air apakah yang diinginkan Tuanku.

Dalam keadaan santai sambil meninjau suasana di dalam restoran, Tuanku kemudiannya bertanyakan jika air teh tarik ada dijual di situ.

"Air apa ada? Teh tarik ada? Teh tarik satu," katanya kepada wanita yang mengambil pesanan baginda.

View this post on Instagram

Daulat Tuanku... Patik terharu dengan sikap rendah diri Tuanku.

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Artikel Lain