suria

MyJeram bakal dikenali karnival terbesar Selangor

Karnival MyJeram dijangka menjadi program terbesar di Selangor tahun ini. Gambar hiasan.

PELBAGAI aktiviti bakal disediakan kepada pengunjung menjelang Karnival MyJeram yang bakal belangsung di Bandar Puncak Alam pada akhir September ini.

Lebih menarik karnival ini dijangka menjadi program terbesar Selangor tahun ini yang mahu memberi fokus kepada hubungan baik semua lapisan masyarakat, khasnya di sekitar Jeram.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Shaid Rosli, karvinal ini dilangsungkan bagi memperkukuhakn perpaduan dalam kalangan semua masyarakat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

"Ia juga jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam membentuk ekonomi yang dahagakan kemajuan dan pembangunan.

"Karnival ini akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun," jelasnya dalam satu kenyataan.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk bazar peniaga, wacana intelek, bicara usahawan, pertandingan mewarna, panjat dinding, persembahan Upin dan Ipin dan lain-lain lagi.

Karnival selama dua hari ini pada 27 dan 28 September ini turut menyediakan hadiah istimewa kepada pengunjung menerusi acara cabutan bertuah seperti wang tunai dan motosikal.

"Sebagai penganjur, kami berharap keharmonian dan perpaduan baik DUN Jeram, di Selangor dan seluruh negara terus mekar serta bertambah kukuh, rapatkan jurang antara masyarakat untuk dapat hidup aman dan selesa sambil menolak fahaman yang ekstrem."

Selain itu, beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), FAMA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Majlis Daerah Kuala Selangor dan Smart Selangor akan turut menyertai karnival yang dianjurkan bersama oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

Karnival, Jeram, Selangor

Artikel Lain