suria

Air mata Maszlee untuk anak-anak istimewa

Dr Maszlee sewaktu menyampaikan ucapannya di Marriot Putrajaya pada pagi Jumaat.

SEBAK, begitulah yang dapat digambarkan ketika ucapan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di majlis Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas (SEIC 2019) di Putrajaya pada pagi Jumaat.

Maszlee turut memuat naik penjelasan mengapa dia emosional dalam majlis itu menerusi laman Facebook miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru bekerja di rumah antara 9 pengumuman penting berkaitan jerebu

ARTIKEL BERKAITAN: "Terima kasih Najib" - Maszlee

Jelasnya, ada beberapa sebab yang jelas mengapa beliau mengalirkan air mata.

“Pertamanya, di sebalik ribuan penyertaan termasuk 11 delegasi pembentang dari luar negara, realiti di luar sangat berbeza. Terlalu banyak urusan yang belum selesai mengenai  orang kelainan upaya (OKU) terutamanya yang berkaitan dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Dr Maszlee sempat meluangkan masa bersama anak-anak istimewa.

“Kedua, di sebalik tahap penganjuran yang kelihatan begitu gah, realitinya Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) masih banyak perlu dilakukan.

“Ketiga, tahap kesediaan dan kemahuan pegawai yang perlu bergerak lebih laju dengan reformasi ini,” ujarnya.

Tambah Maszlee, beliau juga sebak kerana nyanyian lagu Imagine yang didendangkan dalam majlis itu.

Malah beliau juga risau kerana kesuntukan masa sekiranya gagal memenuhi harapan setiap anak-anak istimewa yang hadir di program tersebut.

Terlalu banyak urusan yang belum selesai mengenai  orang kelainan upaya (OKU) terutamanya yang berkaitan dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi.

DR MASZLEE MALIK

Menteri Pendidikan

Dalam pada itu, rata-rata golongan ibu bapa dan netizen turut meninggalkan komen mereka menerusi ruangan balas posting itu.

“Terbaik Dr Maszlee! Semoga nasib anak-anak OKU lebih terbela.

“Tahniah dari kami warga pendidikan khas.

“Lakukan yang terbaik Dr Maszlee. Semoga Allah permudahkan semua urusan,” tulis beberapa netizen.


Artikel Lain