POLIS akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mencari pelaku yang menyebabkan kematian anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kasim susulan keputusan inkues yang diumumkan Mahkamah koroner Shah Alam pada Jumaat, kata Tan Sri Abdul Hamid Bador. Menurut Ketua Polis Negara itu, dia akan berbincang dengan pegawai di Bukit Aman untuk menentukan tindakan seterusnya termasuk memanggil mereka yang ditahan sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Adib akibat perbuatan jenayah - Mahkamah Koroner ARTIKEL BERKAITAN: Adib meninggal dunia di IJN "Sebelum ini, kita tidak ada bukti secukupnya untuk membuat dakwaan. "Bagaimanapun, kita akan semak semula perkara ini," ujarnya selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia tahun 2019 di sini di Arau, Perlis, pada Jumaat. Tambahnya, dia juga akan menyiasat sama ada prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sewaktu kejadian itu berlaku. "Saya yakin tidak sampai tahap itu dan polis telah bersedia. Kalau sudah terima keputusan mahkamah ikutlah keputusan mahkamah, kenapa perlu yang berarak atau merusuh," katanya lagi. Dia turut menyeru semua pihak agar agar menerima inkues itu dan memberi amaran supaya tiada sesiapa yang melakukan demonstarsi atau rusuhan. - The Star.