BALU kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya sudah menerima keputusan siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kematian suaminya. Nour Shafinar Harun, 31, berkata, kematian suaminya diklasifikasikan sebagai kemalangan dalam latihan dan dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memohon siasatan dibuka semula. ARTIKEL BERKAITAN: “Ini pertunjukan terakhir saya” - Anak AR Badul hantar mesej sebelum meninggal dunia terkena tembakan ARTIKEL BERKAITAN: Kematian anak A R Badul diklasifikasi kemalangan terpencil "Saya sudah reda dengan keputusan ini dan sebagai isteri, saya percaya kepada qada dan qadar Allah. "Sebagai isteri, saya mahu tekankan saya tiada perancangan untuk memohon siasatan dibuka semula," katanya kepada The Star. Terdahulu, bapa kepada Allahyarham, iaitu pelakon dan pelawak veteran, AR Badul tidak gembira dengan hasil siasatan dan mahu inkues diadakan untuk kes tersebut. Kata Nour Shafinar, dia tiada kuasa untuk menghentikan mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan badan penyiasatan itu. "Jika ada mana-mana pihak yang mahu meneruskan dakwaan, itu menjangkaui kuasa saya," tambahnya. Zahir, 36, merupakan pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) dan dilapor meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan pada hari kejadian, 4 September lalu. - The Star.