suria

Malang! Wanita nyaris ‘ditelan’ eskalator rosak di Stesen LRT KL Sentral

Foto yang dikongsi pengguna Facebook, Foong PC pada Isnin.

MALANG tidak berbau, begitulah yang dapat menggambarkan nasib seorang wanita apabila dia terperosok dalam eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KL Sentral pada Isnin.

Foto kejadian itu turut dimuat naik seorang pengguna Facebook, Foong Pc pada malam hari kejadian.

Ia menunjukkan sebahagian tubuh mangsa berada dalam laluan eskalator berkenaan sambil dibantu beberapa individu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut jatuh landasan LRT

ARTIKEL BERKAITAN: Sorotan: Dua Kemalangan Buat MRT 'Serik', Pertingkat Keselamatan

Dalam pada itu, pihak Rapid KL menerusi Facebook rasmi mereka turut mengesahkan kejadian itu.

"Kami dengan rasa kesal mengesahkan sebuah eskalator gagal berfungsi di stesen LRT KL Sentral awal petang ini (Isnin).

"Insiden menyebabkan seorang wanita cedera. Dia sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan kami sedang memerhatikan keadaan kesihatannya agar dia diberi rawatan dan bantuan sewajarnya. Ahli keluarganya sudah dimaklumkan," ujar pengendali Facebook berkenaan.

Kenyataan penuh Rapid KL di Facebook.

Rapid KL turut memohon maaf atas kejadian itu dan memberi jaminan siasatan segera akan dijalankan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen.

"Untuk tujuan keselamatan, sila selenggara semua eskalator di setiap stesen.

"Banyak eskalataor lama di stesen LRT dan monorail kelihatan tidak selamat untuk pengguna yang ramai. Berhati-hati.

"Takziah diucapkan kepada pihak mangsa, semoga cepat sembuh dan diharap pihak Rapid KL dapat mencari dan menyelesaikan punca masalah," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain