suria

Penerima BSH bakal dapat subsidi petrol empat bulan sekali

Penerima BSH bakal menikmati bantuan wang tunai subsidi petrol bermula Januari ini.

PENERIMA Bantuan Sara Hidup (BSH) bakal menerima Program Subsidi Petrol (PSP) empat bulan sekali.

Kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan motosikal RM12 setiap sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.

"PSP akan mengubah sasaran subsidi petrol kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut," katanya.

Selain itu katanya penerima BSH perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,6000 yang berumur 10 tahun ke atas.

"Kategori motosikal yang layak adalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas," katanya.

KPDNHEP menjangkakan seramai 2.8 juta penerima akan mendapat manfaat daripada program subsidi tersebut.Anggaran tanggungan bagi pelaksanaan tersebut adalah RM65.4 juta sebulan.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol fi portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober.-Sinar Harian

Subsidi, Petrol, BSH

Artikel Lain