suria

Wow! Kolaborasi dimsum - Visa tawar sehingga 30 peratus diskaun langganan buat penonton

My Ambulance, antara siri dari Thailand yang ditawarkan menerusi dimsum.

PERKHIDMATAN langganan 'video on demand', dimsum menawarkan pakej istimewa buat pelanggan mereka menerusi kolaborasi terbaharu bersama Visa.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Visa dalam memberikan tawaran terbaik buat pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama bersiri terbaharu Thailand di saluran Dimsum

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pening kepala, dimsum tawar berita sensasi, hiburan terpilih Asia... percuma dalam satu platform!

"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Visa sebagai rakan kongsi dalam menawarkan promosi seperti ini kepada pelanggan dimsum di Malaysia, Brunei dan Singapura.

"Promosi ini dilihat dapat memberi penegasan terhadap setiap komitmen kami dalam menyediakan pilihan pembayaran yang lancar dan pantas untuk pelanggan menerusi pembayaran digital yang selamat dan dipercayai," ujarnya.

Dengan penggunaan teknologi pembayaran terunggul dunia itu, pelanggan yang menggunakan kad kredit Visa dan kad debit akan diberi potongan sehingga 30 peratus untuk langganan mereka.

Kod promo untuk tawaran dimsum.

Bagi langganan bulanan yang menggunakan kod promo VISA25DS, anda bakal menerima potongan 25 peratus.

Untuk kod promo VISA30DS bagi langganan bulanan, anda akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus.

Lebih menarik, mereka yang baru pertama kali melanggan dimsum akan diberikan akses percuma selama sebulan.

Caranya mudah sahaja, daftar atau log masuk menerusi www.dimsum.asia, masukkan kod promo dan anda boleh memilih jenis langganan yang diingini.

Sepanjang suku akhir tahun ini banyak siri simulcast komedi romantik dari Thailand seperti My Ambulance, Men of Vengeance 2019 dan Boy For Rent disiarkan menerusi platform itu. 

Artikel Lain