RAMAI yang meluahkan rasa berang apabila negara ini digelar sebagai Republic of Malaysia menerusi sebuah pertandingan ratu cantik di Yangon, Myanmar. Pertandingan Ratu Cantik Miss Crystal Angel International 2019 yang berlangsung pada Isnin menampilkan dua peserta dari negara ini. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Malaysia rangkul tempat kelima Ratu Cantik NZ Salah seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai Miss Malaysia manakala seorang lagi sebagai Miss Republic of Malaysia. Bagaimanapun, penganjur acara kemudiannya membuat permohonan maaf dan menggantikan perkataan Republic of Malaysia kepada Borneo menerusi Facebook pada Selasa. "Kami penganjur Miss Crystal Angel International memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kesilapan penggunaan nama Republic of Malaysia. "Kesilapan ini bukan dari peserta Malaysia tapi dari pihak kami. Sekali lagi, mohon maaf sekali lagi," ujar kenyataan itu. Biarpun sudah memohon maaf, posting berkenaan berterusan dihujani pelbagai komen kecaman rakyat Malaysia. - The Star.