suria

Harga RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal

RON95 dan diesel, kedua-duanya kekal pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter.

HARGA runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.57 seliter manakala RON95 dan diesel kekal pada harga minggu lepas.

Kementerian Kewangan berkata, harga RON97 ditetapkan RM2.57 seliter, berbanding RM2.56 seliter sebelum ini bermula Sabtu (9 Novermber) hingga 15 November depan.

Bagi RON95 dan diesel, kedua-duanya kekal pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing," ujar kenyataan itu.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 9 November 2019 sehingga 15 November 2019 adalah berjumlah RM79.39 juta. - The Star.

Artikel Lain