suria

City University lancar program biasiswa RM2 juta kepada 200 pelajar

Noraidah (barisan kedua, tengah) selepas majlis Pelancaran Profram Biasiswa RM2 Juta kepada 200 pelajar City University Malaysia.

SELARI dengan perkembangan pesat industri pembinaan global, permintaan terhadap kepakaran dan tenaga kerja dalam bidang seni bina dan seni reka dalaman berteknologi tinggi semakin meningkat.

Berbekalkan trend tersebut, dan untuk memastikan rakyat Malaysia berpeluang menyertai sektor ekonomi seni bina, City University Malaysia (City University) yang ditubuhkan sejak 35 tahun lalu melancarkan program biasiswa City University Built Environment Scholarship sebagai sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti.

Biasiswa itu adalah untuk mengikuti program pengajian seni bina dan senireka dalaman di Fakulti Seni Bina dan Pembangunan Persekitaran (FOABE), salah satu fakulti di City University.

FOABE adalah satu fakulti yang sentiasa mewarnai persada pendidikan tinggi didalam bidang seni binadan senireka dalaman dengan memenangi beberapa pertanding dan mendapat beberapa anugerah dan pengiktirafan di Malaysia.

Bagi program biasiswa tersebut, sejumlah RM2 juta akan disediakan bagi membantu 200 pelajar bagi membiayai sebahagian yuran pengajian mereka, selain tempat tinggal akan disediakan kepada mereka yang layak.

Menurut  Pengerusi Eksekutif City University Datin Rohaidah Shaari,  program CSR ini adalah bagi membolehkan lebih ramai pelajar merealisasikan cita-cita mereka dalam bidang seni bina dan seni reka dalaman di FOABE City University.

Usaha ini juga untuk membuka lebih banyak peluang pengajian bagi mereka ditahap Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

“Adalah menjadi harapan kami, kualiti pembelajaran yang ditawarkan universiti ini dapat disampaikan kepada rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang senibina dan seni reka dalaman,"  katanya.

Dalam pada itu, bermula pada Januari 2020, Fakulti itu juga akan menawarkan program Ijazah Sarjana Seni Bina (Master of Architecture) Part II.

City University, atlet, pengajian

Artikel Lain