suria

Penyiasat MH17 dedah panggilan telefon antara pegawai Rusia dengan pemberontak

Siasatan pada Khamis mendedahkan pegawai Rusia dan pemberontak Ukraine menggunakan komunikasi rahsia yang didakwa disediakan oleh perkhidmatan keselamatan Rusia, FSB.

SIASATAN mengenai insiden tembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 yang diketuai Belanda mendedahkan wujud panggilan telefon yang dipintas pada Khamis (14 November) antara pegawai tinggi Rusia dengan suspek yang sedang berdepan perbicaraan.

Menurut penyiasat, mereka membuat rayuan untuk saksi baharu berdasarkan panggilan telefon yang dirakam antara pemimpin kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk (DPR) dengan pegawai berpangkat tinggi Rusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek tembak jatuh pesawat MH17 didedahkan minggu depan

"Hubungan antara pegawai Rusia dengan pemimpin DPR dilihat semakin erat berbanding apa yang difikirkan sebelum ini," ujar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah polis Belanda, Andy Krag.

Kata penyiasat pada Jun lalu, mereka akan membawa tiga individu dari Rusia dan seorang warganegara Ukraine ke Belanda pada Mac 2020 untuk dibicarakan.

Pesawat Boeing dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak peluru berpandu BUK buatan Rusia sebelum jatuh dan mengorbankan 298 penumpang.

Siasatan pada Khamis mendedahkan pegawai Rusia dan pemberontak Ukraine menggunakan komunikasi rahsia yang didakwa disediakan oleh perkhidmatan keselamatan Rusia, FSB.

"Pegawai Rusia menggunakan telefon khas untuk berkomunikasi dengan pemberontak," ujar pegawai penyiasat kanan Polis Persekutuan Australia, David Nelson. - The Star.

MH17, Malaysia Airlines, Andy Krag

Artikel Lain