suria

Tun M bawa isteri ‘dating’ naik Proton

Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa dengan membawa isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berjalan-jalan di sekitar ibu negara. Foto: Instagram chedetofficial

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa cuti hujung minggunya dengan membawa isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @chedetofficial menunjukkan perdana menteri berusia 94 tahun itu memandu kereta Proton di ibu negara dengan Siti Hasmah menemaninya di sebelah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersyukur kerana berjaya berpuasa tanpa gangguan - Dr Mahathir

“Sekali sekala bawa Hasmah dating di KL,” tulisnya dalam posting pada Sabtu.

Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah menikmati hidangan di sebuah kafe.

Pasangan itu turut meluangkan masa dengan menikmati hidangan di sebuah kafe.

Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat 144,000 tanda suka dan ribuan komen daripada netizen.

Ia turut mendapat perhatian penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut meninggalkan komen dengan memasukkan simbol ‘love’ pada posting tersebut.

Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan melahirkan rasa kagum mereka terhadap pasangan tersebut, malah turut mendoakan kesejahteraan perdana menteri dan isteri.

“Allah panjangkan usia Tun,”tulis Alianthen.

“Semoga PM dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah berbahagia sentiasa, sihat walafiat hendaknya,” tulis miy.chom pula. 

Artikel Lain