SETANDING dengan keupayaan jalur lebar sememangnya menjadi faktor utama berkembangnya video-on-demand (VOD) di Malaysia dan semestinya menjanjikan satu berita gembira buat mereka yang 'kaki drama'! Khas bagi anda peminat drama bersiri popular dimsum, penyedia kandungan VOD dimsum kini memperkenalkan ciri e-dagang terbaharu iaitu dimsum Watch & Shop buat pelanggan di Malaysia bermula 5 hingga 15 Disember 2019. ARTIKEL BERKAITAN: Kaki ‘gamers’ jangan lepaskan peluang! Ketahui apa istimewanya Vivo NEX3 Apa yang perlu anda tahu menerusi dimsum Watch & Shop ini pelanggan boleh membeli belah pelbagai barangan berdasarkan rancangan yang ditonton. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan potongan harga setiap pembelian minimum RM35. Termasuklah barangan kecantikan, kesihatan, fesyen, perkakas rumah dan gaya hidup, elektronik, peranti pintar dan gajet. Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim, idea ini diperkenalkan selepas melihat trend terkini penonton gemar meniru gaya selebriti menerusi sesuatu drama yang mereka ikuti. "Kami melihat trend terkini dalam kalangan penonton yang suka meniru gaya para pelakon yang membintangi sesebuah drama. "Justeru, kami sangat teruja untuk merealisasikan trend tersebut menerusi dimsum Watch & Shop, yang membolehkan pelanggan mencari produk yang mirip dengan apa yang dilihat menerusi drama. Secara tidak langsung, ia menjadikan pengalaman beli-belah pelanggan menjadi lebih mudah," katanya. Inilah sembilan judul drama bersiri yang dipilih: 1. My Ambulance 2. Boy For Rent 3. Endless Love 4. Sand Princess 5. Mr. Fighting 6. Love Under The Moon 7. All Is Well (Taiwan) 8. All Is Well (Singapura) 9. Men of Vengeance 2019 Malah ciri istimewa ini boleh diakses melalui aplikasi dimsum di semua telefon pintar dan proses pembelian akan dilengkapkan di Shopee. Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati potongan harga sebanyak RM10 dengan setiap pembelian minimum RM35 dengan menggunakan kod promo DIMSUM1212. Untuk maklumat lanjut, lawati dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum facebook.com/dimsum.asia atau Instagram @dimsumasia.