suria

Kemenangan bertahan 2 jam, Kostum Kebangsaan Terbaik Miss Universe 2019 milik Filipina

KEGEMBIRAAN rakyat Malaysia mengenai berita kemenangan Miss Malaysia menerusi kategori Kostum Kebangsaan Terbaik pada pertandingan Miss Universe 2019 tidak berpanjangan.

Mana tidaknya, pihak penganjur mengumumkan Miss Filipina, Gazani Ganados sebenarnya adalah pemenangnya dan bukan Miss Malaysia, Shweta Sekhon seperti diumumkan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia menang 'Kostum Kebangsaan Terbaik' Miss Universe 2019

Terdahulu, hos pertandingan itu, Steve Harvey didakwa telah membuat kesilapan dalam mengumumkan Miss Filipina sebagai pemenang apabila Shweta yang berdiri selepas ditemubual memberitahunya; "Bukan Filipina. Ia Malaysia".

Kostum inspirasi masyarakat Peranakan yang digayakan oleh Shweta.

Bagaimanapun, penganjur menerusi Twitter menjelaskan Miss Filipina sebagai pemenang dan Shweta membuat andaian sendiri apabila memberitahu dia dari Malaysia dan bukannya Filipina ketika Steve menyebut negara itu sebagai pemenang.

Mengangkat tema, 'A Peranakan Indulgence', kostum rekaan oleh Carven Ong itu diilhamkan daripada warisan masyarakat Peranakan dan tradisi perkahwinan komuniti itu.

Rekaan kompleks pada busana itu turut mempamerkan tenun songket Melayu selain sayap yang diperbuat daripada kain kebaya Nyonya yang biasa dipakai oleh golongan wanita Peranakan.

Pada rekaan itu, Carven turut mengetengahkan makanan popular Peranakan seperti Onde-onde, kuih koci, kuku, kuih talam, kuih lapis, kuih sago dan telur merah bertuah.

Artikel Sebelum

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Artikel Lain