suria

YES Konfem 4G Konfem Unlimited, data 4G sempurna untuk gaya hidup urban

Untuk kadar dan pelan, lawati laman web YES 4G dan #TukarKeYES hari ini!

Rasai perbezaan 4G sebenar

TELEFON pintar menjadi keperluan utama dalam kehidupan urban masa kini.

Bukan sekadar untuk membuat panggilan dan menghantar mesej, peranti yang direka dengan teliti ini memberi kuasa kepada pengguna untuk gaya hidup epik dengan kemampuan mencari informasi, menikmati hiburan dan berkongsi detik gembira dengan rakan serta keluarga tak kira jauh atau dekat.

Hakikatnya, akses data pada hari ini sangat penting kerana setiap bit dan byte terapung yang mengembara pada frequensi rangkaian tertentu akan bersatu pada telefon pintar, sekaligus membolehkan anda memainkan podcast atau lagu di Spotify, membuat penstriman video di Netflix atau Youtube tanpa ketinggalan, bermain permainan aksi seperti PUBG, membeli barangan di Shopee atau menjadi panduan perjalanan anda ke destinasi menggunakan Waze.

Rangkaian 4G stabil membolehkan anda sentiasa dekat dengan rakan dan keluarga menerusi panggilan video yang lancar.

Dalam erti kata lain, dalam abad ini secara metaforanya, pautan kepada rangkaian 4G bagaikan 'garis hidup' untuk kita semua. Dan liputan rangkaian standard ini memberikan telefon pintar anda latitud fungsi luar biasa termasuklah dengan menyediakan web mudah alih untuk telefoni, perkhidmatan permainan, televisyen mudah alih berdefinisi tinggi, persidangan video dan televisyen 3D.

Sambungan yang penuh dedikasi

Biarpun semua syarikat telko hari ini memiliki rangkaian 4G, YES 4G memancarkan terus rangkaian 4G bagi menyediakan akses lebih pintar untuk pengalaman penggunaan telefon yang lebih hebat.

Rangkaian itu, sebuah jenama naungan YTL Communications Sdn Bhd menawarkan ketersediaan sambungan 4G serantau paling tinggi, meraih 11 daripada 14 pengiktirafan dalam kaji selidik yang dibuat pada September lalu oleh syarikat analisis mudah alih OpenSignal, yang memiliki kepakaran dalam mengukur pengalaman rangkaian mudah alih.

Laporan itu turut menyatakan YES 4G menerima "markah mengagumkan melebihi 90 peratus di semua kawasan", markah tertinggi di Melaka, yang mana ia memaparkan "pengguna rangkaian itu menerima sambungan 4G 97.8 peratus sepanjang masa".

Dengan telefon pintar berkuasa, lebih senang untuk menikmati hiburan seperti permainan dan menonton filem atas talian dengan adanya data 4G.

Lebih pintar, akses lebih laju

Rangkaian 4G yang cukup berdedikasi dalam memastikan kelajuannya itu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) berdasarkan standard Evolusi Janka Panjang (LTE) untuk jalur lebar tanpa wayar.

Namun, disebabkan tekanan peningkatan teknologi dan barisan perniagaan, teknologi 4G dianggap sebagai standard LTE. Namun secara realistiknya, standard 4G adalah besar, ideal dan sempurna serta jarang dapat dicapai.

Oleh kerana kebanyakan transmisi akan bergerak dari 3G ke 4G, sementara selular di kawasan-kawasan terentu hanya dapat menyampaikan H+; ini terutamanya jika anda berada dalam bangunan yang besar.

Dengan sambungan epik dan sentiasa ada oleh YES 4G, anda tidak perlu risau rangkaian di kawasan anda menurun kepada 3G atau 2G, atau kekuatan isyarat yang lebih rendah kerana ia mengekalkan kelajuan 4G yang konsisten secara berpanjangan.

Selain itu, walaupun kelajuan rangkaian tidak memerlukan penjelasan, konsep latensi mungkin tidak mudah dikenalpasti oleh pengguna biasa. Latensi sangat penting kerana ia mewakili kelambatan sambungan apabila menyampaikan data dari titik mula ke pengakhiran. Semakin kurang latensi, semakin baguslah sambungan itu.

Sebagaimana rangkaian YES yang sememangnya 4G, pengguna kurang berhadapan dengan kelewatan disebabkan kerendahan latensi dan boleh terus ke depan dengan lebih cepat, sambungan lebih selamat apabila membuat penstriman video Youtube atau berkongsi video ucapan hari lahir kepada yang tersayang menerusi WhatsApp.

Anda pastinya tidak mahu berhadapan kelewatan untuk membayar bil sewaktu berebut membeli-belah dalam gedung atas talian.

Transaksi ini bergantung kepada kelajuan, kebolehan rangkaian dan ketersediannya yang mana semua perkara ini boleh dicapai menerusi teknologi 4G penuh.

Membeli-belah dalam talian dan transaksi bank memerlukan data yang selamat dan cepat seperti pelan YES Konfem 4G Konfem Unlimited.

Komitmen 4G yang sahih

Dengan janji bahawa anda akan mendapat akses tidak berpenghujung data 4G LTE pada harga hanya darr RM1 sehari, anda boleh memuat turun aplikasi epik, bermain muzik dan video atas talian, membeli-belah untuk #OOTD parti tahun baharu - atau sekadar panggilan video dengan ibu bapa anda di kampung.

Semua itu boleh direalisasikan menerusi rangkaian tanpa had YES Konfem 4g Konfem Unlimited, tidak kira di mana anda berada. Anda akan mendapat sambungan 4G sebenar tujuh kali ganda, bercakap dan melayari internet secara serentak, data tanpa had sentiasa dan panggilan dua kali ganda lebih jelas menerusi LTE.

Untuk kadar dan pelan, lawati laman web YES 4G dan #TukarKeYES hari ini !

Artikel Sebelum

Artikel Lain