suria

Kecoh larangan pakaian renang pertandingan ratu cantik kononnya arahan polis – “Saya hanya nasihat Astro gugurkan segmen itu”

Pertandingan ratu cantik Miss Astro Chinese Pageant 2019.

DI tengah kekecohan pertandingan ratu cantik Miss Astro Chinese Pageant 2019 mengenai larangan pakaian renang, Ketua Polis Daerah Sentul mengesahkan beliau telah 'menasihati' penganjur Astro untuk berbuat demikian tetapi nasihat itu 'tidak terikat'. 

Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berpendapat bahawa ia bukan satu arahan tetapi sekadar nasihat.

"Saya hanya menasihatkan mereka untuk menggugurkan segmen baju renang. Ia bukan larangan.

"Nasihat disampaikan kepada penganjur oleh DBKL," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Shanmugamoorthy menambah bahawa nasihatnya tidak terikat.

"Bagaimanapun, penganjur mengikut nasihat tersebut. Jangan jadikan ia satu isu.

"Saya tidak pernah mengatakan penganjur perlu membatalkan segmen itu kerana perkara tersebut di bawah bidang kuasa saya.

"Ia berlaku semasa saya mendapati segmen tersebut ada semasa membuat penilaian mengenainya yang mana saya menasihatkan mereka untuk menggugurkannya," katanya.

Banyak kritikan dilemparkan terhadap DBKL yang kononnya telah mengarahkan larangan itu pada acara Sabtu lalu.

Shanmugamoorthy berharap situasi tersebut tidak disensasikan.

"Ia akhirnya menjadi situasi menang-menang untuk semua yang terlibat," katanya.

Kwong Wah Yit Poh pada Isnin memetik Shanmugamoorthy sebagai berkata, penganjur pertandingan harus bersama-sama bertanggungjawab terhadap kesan moral dan sensitiviti yang terlibat dalam menganjurkan acara komersial itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam satu kenyataan berkata, laporan dalam akhbar Cina yang menyalahkan DBKL kerana larangan baju renang itu adalah tidak tepat.

"DBKL memberi kelulusan yang sewajarnya kepada Astro untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik dan kelulusan itu tidak menyatakan sebarang syarat berhubung segmen pakaian renang," katanya. - The Star

Artikel Lain