suria

Ibu bapa Nora Anne fail saman sivil ke atas resort inapan keluarga

Selepas 10 pencarian dilakukan, mayat gadis itu ditemukan di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya.

IBU bapa Nora Anne Quorin yang ditemui mati di Negeri Sembilan pada tahun lalu memfailkan saman ke atas resort tempat mereka menginap.

Sebastian Marie Philipe dan Meabh Quoirin mengemukakan saman ke atas Helen Marion Todd, operator The Dusun Resort yang menjadi lokasi percutian mereka sekeluarga pada Ogos 2019.

Dalam tuntutan itu, mereka mendakwa Todd gagal memastikan keselamatan premis itu, tidak memasang kamera keselamatan dan tidak menyelenggara serta memastikan keupayaan selak pintu bilik inapan mereka.

Diwakili peguam Sankara Nair, saman sivil itu difailkan di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan dan pengurusan pertama kes akan berlaku pada 21 Januari ini.

Remaja Ireland itu dilapor hilang pada 4 Ogos, sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan.

Selepas 10 pencarian dilakukan, mayat gadis itu ditemukan di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi SAR, pada 1.57 tengah hari Selasa.

Nora Anne tiba di resort bersama ibu bapanya, Sebastian Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin serta dua orang adiknya, Innes Julia serta Maurice Arthure.- The Star.

Nora Anne Quorin, saman

Artikel Lain