suria

SPRM dedah 9 rakaman perbualan konspirasi jenayah tertinggi babit Najib, Rosmah

Latheefa Koya. Foto Bernama

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sembilan set rakaman perbualan membabitkan tujuh individu berprofil tinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya menerusi sidang media di ibu pejabat suruhanjaya di Putrajaya itu, pagi Rabu.

Latheefa berkata, sembilan rakaman percakapan tersebut berdurasi 45 minit.

Selain Najib, beliau berkata, rakaman perbualan itu melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Kita baru menerima rakaman itu dan akan menganalisisnya. Adalah biasa kita menerima pelbagai bentuk di SPRM seperti surat layang, thumb drive.

“Tugas kita untuk tidak menumpukan sangat kepada pemberinya. Kandungannya adalah lebih penting, kita serahkan kepada polis,” katanya pada sidang media.

Latheefa berkata, SPRM tidak akan membuat sebarang tanggapan terhadap rakaman itu.

“Saya tidak akan mendedahkan individu yang memberikan rakaman itu, tetapi akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa,” katanya.

SPRM, Latheefa Koya

Artikel Lain