suria

Wow! 15 juta rakyat dapat manfaat, ini syarat layak dapat RM30 dalam e-Wallet

Pengguna boleh memilih salah satu daripada tiga aplikasi terpilih untuk menebus e-Tunai masing-masing.-foto THESTAR

RAKYAT Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun, layak menerima e-Tunai bernilai RM30 dalam dompet digital atau ‘e-Wallet’ mulai 15 Januari hingga 14 Mac.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, ia adalah untuk menggalakkan rakyat membeli tanpa menggunakan tunai.

“Inisiatif ini juga selari dengan transformasi digital pada masa kini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan cawangan baharu sebuah pasar raya di Kuching, Sarawak pada Jumaat.

Dalam Belanjawan 2020, kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta untuk program insentif e-Tunai yang bakal memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Antara aplikasi yang terpilih untuk pelaksaan program e-Wallet itu adalah Touch n Go, Boost dan GrabPay.

Pengguna hanya boleh menebus eTunai itu daripada salah satu aplikasi tersebut. -Bernama

eWallet, eTunai, bantuan, insentif, syarat, layak, RM30

Artikel Lain