suria

Latheefa dijangka hadir ke Bukit Aman pada Khamis susulan rakaman audio Najib, Rosmah

Latheefa dijangka hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan pada Khamis ini susulan rakaman audio kontroversi yang didedahkan oleh SPRM baru-baru ini.

SUSULAN rakaman audio kontroversi yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya dijangka hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan pada Khamis ini.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid, Latheefa dipanggil untuk memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didedahkan SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergempar! 19 nama dalam 9 set rakaman konspirasi jenayah tertinggi negara

ARTIKEL BERKAITAN: “MasyaAllah, saya dah tengok... macam nak menangis” – SPRM bongkar audio perbualan Najib, Rosmah dan Dzulkifli

Beliau berkata selain Latheefa, nama-nama lain yang berkaitan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu, katanya kepada Bernama.

Pada 8 Januari, SPRM telah memutarkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan perbualan lain yang dikatakan berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Klip audio itu dipercayai perbualan yang melibatkan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu lain. - BERNAMA

Latheefa, SPRM, keterangan, rakaman, Bukit Aman

Artikel Lain