suria

Calon ujian memandu tidak lagi ditemani pegawai JPJ Jun depan

Kaedah lama itu akan digantikan dengan pelaksanaan sistem latihan dan ujian automatik automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara.

BERMULA Jun depan, tiada lagi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) duduk di sebelah kenderaan bersama calon ujian memandu.

Kaedah itu akan digantikan dengan pelaksanaan sistem latihan dan ujian automatik automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem itu, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.

"Apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon," katanya.

Menurut beliau, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.

"Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan," katanya.

Tambahnya lagi, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis bagi pelaksanaan sistem itu.

"Kita akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPJ di Putrajaya pada Khamis. - Sinar Harian

JPJ, ujian memandu

Artikel Lain