suria

Polis bebaskan pasangan kekasih dipercayai buang bayi dalam Sungai Perak

Salah satu sungai di Perak. -Gambar hiasan

PASANGAN kekasih yang dipercayai menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi perempuan ke dalam Sungai Perak dibebaskan dengan jaminan polis, petang Selasa. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Barudin Wariso berkata suspek lelaki dan wanita yang berusia 22 tahun itu dibebaskan selepas semua proses dokumentasi dan rakaman percakapan selesai.

Barudin berkata polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Sehingga kini mayat bayi perempuan itu masih belum ditemukan," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Sabtu lalu, wanita berkenaan dikatakan menyerahkan mayat bayinya kepada teman lelaki sebelum dibuang ke dalam Sungai Perak berhampiran rumah pam Lembaga Air Perak (LAP), Teluk Kepayang, Bota, kira-kira pukul 2 pagi. -Bernama

buang, bayi, sungai, kekasih, Barudin Wariso

Artikel Lain