suria

Warga Kanada dilapor pengsan di KLCC disahkan negatif koronavirus, dibenar keluar wad HKL

Salah satu foto yang tular menunjukkan anggota Hazmat datang ke Menara 3 Petronas, KLCC memakai sut perlindungan.

SEORANG warga Kanada yang dilaporkan pengsan di tempat letak kereta di KLCC di ibu negara kerana disyaki koronavirus pada Rabu, disahkan tidak dijangkiti wabak berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pemeriksaan yang dilakukan terhadapnya menunjukkan keputusan negatif.

"Berita baiknya adalah beliau didapati negatif, telah dibenarkan keluar wad dan tak ada kena mengena dengan koronavirus.

"Tapi langkah-langkah (berjaga) itu telah dilakukan dengan baik," katanya pada sidang media, Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri sahkan kejadian di KLCC, warga Kanada disyaki koronavirus dibawa ke HKL

Pada pagi Rabu, tular foto-foto Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dan anggota polis yang dilihat berada di Menara 3 Petronas, bangunan KLCC.

Dzulkefly berkata pasukan Hazmat itu telah datang ke lokasi dengan pakaian lengkap dan berjaga-jaga sebelum individu yang disyaki dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Maklumat yang tular sebelum itu menyatakan warga asing terbabit dilaporkan pengsan ketika berjalan di kawasan tempat letak kereta Menara Petronas, KLCC.

koronavirus, KLCC, pengsan, negatif

Artikel Lain