BERITA baik buat penggemar durian. Susulan lambakan bekalan akibat Covid-19, harga durian jenis Musang King turun antara 20 hingga 50 peratus. ARTIKEL BERKAITAN: 13 pesakit sembuh Covid-19 dibenar keluar hospital Menurut peniaga durian di Georgetown, Pulau Pinang, harga 1 kilogram (kg) Musang King kini antara RM24 dan RM33 sahaja berbanding RM55 sebelum ini. "Kami menghadapi cabaran kerana penularan Covid-19. "Jumlah eksport kami menurun 70 peratus selepas Tahun Baharu Cina," ujar Tan Chee Keat. Ujarnya, negara China merupakan pasaran eskport terbesar mereka. Penangguhan perjalanan para pelancong yang bimbang dijangkti virus itu turut menyebabkan perniagaan bertambah perlahan. "Pelanggan kami biasanya dari China, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan penumpang kapal layar. "Virus itu menyebabkan ramai pelancong tak mahu datang dan perniagaan sangat perlahan sekarang," ujarnya lagi. Tambahnya, harga Musang King juga telah turun 20 peratus sejak sambutan Tahun Baharu Cina tempoh hari. - The Star.