suria

Najib, Rosmah dan anak perempuan di Bank Negara, periksa barangan yang disita SPRM

Najib, Rosmah dan Nooryana tiba di Bank Negara untuk memeriksa barang-barang yang disimpan dalam peti besi yang didakwa dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Foto: The Star

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuan mereka Nooryana Najwa tiba di Bank Negara Malaysia pada pagi Sabtu.

Ketiga-tiga mereka tiba sekitar pukul 9.15 pagi untuk memeriksa barang-barang, yang disimpan dalam peti besi di bank pusat, yang didakwa dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib tiba dengan Proton Perdana hitam dan dilihat memakai sut manakala isterinya memakai pakaian serba merah.

ARTIKEL BERKAITAN: “MasyaAllah, saya dah tengok... macam nak menangis” – SPRM bongkar audio perbualan Najib, Rosmah dan Dzulkifli

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan Rosmah: Hakim minta Najib tinggalkan mahkamah

Mereka datang dengan menaiki kenderaan yang berbeza.

Pada 17 Februari lalu dilaporkan bahawa Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan oleh pihak pendakwa dalam saman pelucutan hak terhadap Najib dan keluarganya untuk lanjutan masa bagi membenarkan defendan memeriksa barang-barang yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) pada 17 Mei 2018.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Tengku Abdul Rahman mengemukakan empat tarikh - 22 Feb, 23 dan 29 dan 1 Mac - bagi Najib dan keluarganya untuk memeriksa barang-barang itu.

Permintaan pihak pendakwa adalah munasabah, kata Mohamed Zaini dan menetapkan 23 Mac untuk pengurusan kes. - THE STAR

Najib, Rosmah, Bank Negara, sita, SPRM

Artikel Lain