suria

Warkah Mufti WP untuk Malaysia ketika desas-desus gabungan kerajaan baharu

Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

ISU peralihan kuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) hangat diperkatakan ketika ini, apatah lagi dengan kejutan beberapa parti sibuk mengadakan mesyuarat di beberapa lokasi, pada Ahad.

Desas-desus mempunyai kaitan dengan peralihan kuasa perdana menteri dan pembentukan gabungan kerajaan baharu.

Bahang turut dirasai oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri  Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang terpanggil untuk menulis warkah buat rakyat dan pemimpin-pemimpin Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan VIP masuk Istana Negara susulan desas-desus gabungan kerajaan baharu

“Kepada Malaysia, rakyatnya dan para pemimpinnya. Ya Allah, kepadaMu kami berserah dan berharap,” tulis mufti di laman sosialnya, petang Ahad.

Menerusi warkah itu, Zulkifli mendoakan agar Malaysia sentiasa terpelihara dengan aman sejahtera, terutama seluruh rakyat dan para pemimpin.

“Doaku semoga Allah SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga para pemimpin diberi taufik, hidayah dan sabar.

“Ya Allah, kurniakan kepada kami rasa cintakan negara, kukuhkanlah perpaduan kami,” katanya menerusi coretan pada pukul 4.45 petang.

Artikel Lain