suria

6 pemimpin parti menghadap Agong

Istana Negara di Kuala Lumpur.

LIMA presiden parti dan seorang timbalan presiden menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, susulan desas-desus pembentukan gabungan kerajaan baharu.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali; Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan antara yang menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Ahad.

Turut kelihatan di Istana Negara adalah Presiden Parti Warisan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
(PBB) dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

ARTIKEL BERKAITAN: Warkah Mufti WP untuk Malaysia ketika desas-desus gabungan kerajaan baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan VIP masuk Istana Negara susulan desas-desus gabungan kerajaan baharu

Dipercayai pemimpin-pemimpi parti berada di Istana Negara bagi memberi makluman kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan politik terkini di negara ini.

Terdahulu, beberapa kenderaan dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu Tiga, berikutan desas-desus mengenai pembentukan gabungan kerajaan baharu.

Pada pagi Ahad, Bersatu mengadakan mesyuarat pucuk pimpinan, manakala Azmin bertemu dengan beberapa pemimpin PKR dan Ahli Parlimen yang setia dengannya.

Umno turut mengadakan mesyuarat khas oleh majlis tertinggi (MT) parti itu. - The Star

kerajaan baharu, Istana Negara, Agong

Artikel Lain