suria

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin

DATUK Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin, kata setiausaha politik presiden PKR.

Farhash Wafa Salvador Rizak Mubarak berkata, pertemuan itu tidak mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku pada Ahad, yang menyaksikan spekulasi bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk melaksanakan rancangannya bagi membentuk gabungan baharu tanpa Anwar.

"Ya (pertemuan itu esok). Tidak (tiada kaitan dengan apa yang berlaku pada Ahad). Ia sudah lama diatur," kata Farhash ketika dihubungi, malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Warkah Mufti WP untuk Malaysia ketika desas-desus gabungan kerajaan baharu

ARTIKEL BERKAITAN: 6 pemimpin parti menghadap Agong

Ditanya mengenai agenda pertemuan itu, Farhash menjawab, "Saya tidak dapat berkongsi maklumat itu." - The Star

Artikel Berikut

Artikel Lain