suria

Hanya sebar kebaikan... sekolah anda mungkin dikunjungi selebriti terkenal tanah air

Kempen Minggu Baik Hati Kebangsaan #StandTogether 2020 turut mendapat sokongan Kementerian Pelajaran.

SEBAR amalan baik hati dan sekolah anda berpeluang memenangi lawatan daripada selebriti terkenal tanah air!

Para pelajar serta guru di Malaysia dijemput menyertai Kempen Minggu Baik Hati Kebangsaan #StandTogether 2020 yang secara rasminya dilancarkan pada Isnin.

Kempen #StandTogether 2020 yang memasuki tahun ketiga penganjuran ini diadakan bertujuan menyemai amalan baik hati dalam kalangan para pelajar.

Di samping peluang memenangi pelbagai anugerah, sekolah terpilih juga bakal menerima kunjungan daripada barisan selebriti terkemuka antaranya Lisa Surihani, Ismail Izzani, Chef Wan, Harith Iskandar dan Luqman Podolski.

Kempen kali ini turut memperlihatkan kehadiran ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi yang bakal turut serta dalam pelbagai aktiviti yang akan diadakan bagi meraikan Minggu Baik Hati Kebangsaan yang jatuh pada 5 hingga 10 April ini.

Sebanyak 20 buah sekolah bertuah juga bakal menerima biayaan tunai bagi membantu mereka meningkatkan lagi usaha yang dilakukan untuk menanam sikap baik hati di sekolah masing-masing.

Para pelajar serta guru di Malaysia dijemput menyertai Kempen Minggu Baik Hati Kebangsaan #StandTogether 2020.

Kempen #StandTogether yang memasuki penganjuran kali ketiga ini dijayakan pemaju hartanah terkemuka SP Setia dan pasukan kewartawanan penyiasatan R.AGE daripada Star Media Group.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena menyambut Minggu Baik Hati Kebangsaan ini termasuklah Pertandingan #StandTogether, Cabaran Baik Hati dan Jelajah Baik Hati.

Penyertaan bagi setiap aktiviti terbuka kepada setiap pelajar serta guru di semua jenis sekolah di Malaysia dan Jakarta.

Sekolah yang berminat untuk menyertai menyertai Kempen Minggu Baik Hati Kebangsaan dan Pertandingan #StandTogether bolehlah mendaftar melalui WhatsApp di bit.ly/standtogether2020 atau menggunakan Google Form di http://bit.ly/STBorangG.

Bagi mengesahkan pendaftaran, sekolah perlu merangka serta menjalankan satu Projek Baik Hati dan melaksanakan sekurang-kurangnya tiga lagi aktiviti lain yang termaktub dalam Panduan Amalan Baik Hati yang disediakan.

Bagi sekolah yang ingin merebut biayaan tunai RM1,000 pula, mereka perlu menghantar laporan lengkap mengenai Projek Baik Hati yang ingin dilaksanakan pada atau sebelum 17 April dan satu lagi laporan mengenai keberkesanannya pada 4 Jun.

Kempen kali ini bakal mengetengahkan kepentingan amalan baik bagi merapatkan jurang antara masyarakat dengan golongan terpinggir.

Kempen yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran ini diadakan bagi menghapus budaya buli dengan menyemai sikap baik hati dalam kalangan pelajar.

“Kami ingin memulakan satu revolusi ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih baik dengan menanam sikap prihatin terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik,” ujar Timbalan Eksekutif Editor dan Penerbit R.AGE, Ian Yee. 

Mengangkat tema 'Membina perhubungan dengan sikap baik hati' kempen kali ini bakal mengetengahkan kepentingan amalan baik bagi merapatkan jurang antara masyarakat dengan golongan terpinggir termasuk Orang Asli serta komuniti kelainan upaya.

Menurut Yee selain Pertandingan #StandTogether, pelbagai aktiviti lain akan diadakan bagi menarik orang ramai untuk turut sama menghayati serta menyokong kempen Minggu Baik Hati Kebangsaan ini.

“Orang awam yang ingin turut sama menyertai gerakan menyebarkan amalan baik ini boleh berbuat demikian dengan menyertai Cabaran Baik Hati.

“Melalui cabaran ini, setiap peserta akan diberi satu misi untuk melakukan satu perkara baik setiap hari, selama lima hari berturut-turut,” tambah beliau.

Peserta boleh mendaftar melalui Whatsapp di http://bit.ly/st2020challenge. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 13 April.

Maklumat lanjut mengenai Kempen Minggu Baik Hati #StandTogether 2020 boleh diperolehi di laman web www.standtogether.my

baik, kempen, pertandingan, R.Age, teladan

Artikel Lain