TUN Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sebagai perdana menteri dijangka menghadap Yang di-Petuan Agong di Istana Negara petang ini.
Pegawainya mengesahkan Dr Mahathir akan berada di Istana Negara kira-kira 4.30 petang.
Ini selepas Agong bertemu dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas peletakan jawatannya dan usaha pihak tertentu untuk membentuk kerajaan baharu.
Dr Mahathir turut mengundur diri sebagai Pengerusi Bersatu.