suria

“Saya sentiasa sabar dan yakin” - Anwar Ibrahim

Anwar ketika berkata kepada pemberita di hadapan kediamannya di Bukit Segambut, pada Rabu. Foto: Bernama

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa yakin Pakatan Harapan (PH) akan terus menerajui kerajaan.

“Alhamdulillah, saya sentiasa yakin... sabar dan yakin,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar akui pengkhianatan oleh rakan Pakatan... Bersatu, segelintir dari PKR

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai sejauh mana sokongan Ahli Parlimen PH terhadapnya selaku calon Perdana Menteri ke-8, Anwar tidak menjawab secara langsung.

“Kita tidak patut bermain dengan nombor.

“Dengan ketentuan Allah, semuanya akan berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi ruang kepada semua ahli parlimen untuk memberikan pandangan.

“Tuanku beri ruang kepada semua. Dengan cara ini, SD (akuan bersumpah) sudah dianggap tidak relevan,” katanya.

Terdahulu, Anwar telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk ditemuduga bersama 130 ahli parlimen yang lain pada Rabu.

Dilaporkan, semua ahli parlimen PH merangkumi PKR, Amanah dan DAP menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8.


Anwar, DSAI, perdana menteri, Agong

Artikel Lain