suria

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber

11 ahli PKR yang mengumumkan keluar parti pada Isnin.

BLOK bebas yang diketuai bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lama lagi.

Sumber berkata ia bakal menjadikan Bersatu dengan 26 Ahli Parlimen (MP) pada masa ini bertambah menjadi lebih besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

"Kini, blok parti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya 26 dan dengan kami menyertai mereka, ia akan jadi 37, kurang beberapa MP berbanding Barisan Nasional (41).

"Semua 11 dalam blok Azmin kecuali seorang adalah bumiptera. Tak ada masalah untuk diterima. Seorang MP bukan bumiputra akan menyertai Bersatu sebagai ahli bersekutu.

"Malah, Dr Mahathir tekah menawarkan keahlian sebelum ini namun mereka teragak-agak kerana berfikir mengenai pengundi bukan Melayu.

"Ini adalah ukuran sementara sehingga semuanya selesai," ujar sumber.

Terdahulu, ada cakap-cakap mengenai blok diketuai Azmin menyertai Gerakan bagi menyelamatkan parti.

Gerakan tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum lepas.

"Bagaimanapun sebab untuk menyertai Bersatu dibuat kerana merasakan lebih baik untuk membina blok-blok besar berbanding blok kecil untuk menyokong Dr Mahathir," ujar sumber.

Pada Isnin, 11 MP PKR mengumumkan keluar parti dan membentuk blok bebas. - The Star.

Tun Mahathir, Azmin Ali, PPBM, Bersatu, Zuraida

Artikel Lain