suria

Muhyiddin ganti Tun M, memangku jawatan pengerusi Bersatu sehingga pemilihan baharu parti

Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MENGELIRUKAN.

Mungkin itulah yang dapat digambarkan mengenai situasi semasa keadaan politik tanah air.

Pada Isnin lalu misalnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

ARTIKEL BERKAITAN: Politik semasa: Tun M yakin dapat majoriti jadi PM ke-8, konvoi Muhyiddin keluar dari istana

Namun, dia kembali menerima jawatan berkenaan pada Khamis sebagaimana disahkan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Marzuki Yahya.

Dalam perkembangan semasa pada Sabtu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dia akan memangku jawatan Dr Mahathir sehingga pemilihan diadakan kelak.

"Menurut fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi baharu.

"Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih pengerusi yang baharu.

"Justeru saya selaku presiden memangku jawatan pengerusi Bersatu sehingga pemilihan diadakan kelak," ujar Muhyiddin dalam satu kenyataan.

Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, Dr Mahathir melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia.

Tidak lama selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri, Dr Mahathir mengumumkan mengundur diri sebagai pengerusi Bersatu.

Bersatu dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut tetapi tidak menerima peletakan jawatan Dr Mahathir itu.

Artikel Lain