KEMELUT politik tanah air nampaknya masih tidak berkesudahan. Ikuti perkembangan semasa hari ini: 4.30 petang: Istana Negara mengeluarkan kenyataan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. 4.15 petang: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Saya tak mahu komen apa-apa, tapi apa yang boleh saya kata adalah misi saya selesai", ujarnya 3.40 petang: Datuk Seri Azmin Ali tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin. Azmin hanya melemparkan senyuman namun enggan memberi sebarang komen kepada pihak media. 3.30 petang: Kelibat Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan di kediaman Tan sri Muhyiddin Yassin. 3.02 petang: Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilihat meninggalkan acara perkahwinan cucu perempuannya di Hotel Shangri-La. Beliau tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak media. 1.53 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba semula ke Hotel Eastin disambut laungan reformasi oleh penyokong. 1.41 petang: Kenderaan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negara. 1.36 petang: Konvoi Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara. 12.00 tengah hari: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Eastin Hotel, Petaling Jaya. 11.49 pagi: Kenderaan dipercayai membawa Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusuf dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara. 10.40 pagi: Konvoi diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan istana. Antara lain turut kelihatan termasuklah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Takiyuddin Hassan. Apabila disoal pemberita, Takiyuddin berkata mereka akan kembali semula ke Istana Negara pada Ahad. 10.03 pagi: Konvoi diketui Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara. Turut hadir sama Datuk Seri Azmin Ali, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa. 9.45 pagi: Dr Mahathir mengakui yakin mendapat majoriti untuk menjadi calon perdana menteri kelapan. 9.30 pagi: Pakatan Harapan sepakat menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan. 8.00 pagi: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi video pendek di media sosial mengakui enggan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin yang telribat dengan amalan rasuah.