suria

Bukan 9 Mac, sidang Dewan Rakyat ditangguh hingga 18 Mei

Persidangan yang dijadual berlangsung pada 9 Mac ini ditunda kepada 18 Mei.

PERSIDANGAN Dewan Rakyat akan berlangsung pada 18 Mei depan, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

“Surat sudah diterima malam tadi. Kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh Parlimen pagi Rabu.

“Tiada persidangan pada 9 Mac. Tarikh baharu Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei 2020,” ujarnya.

Sebelum ini, persidangan itu dijadual berlangsung pada 9 Mac ini.

Sidang kali ini dijangka menjadi tumpuan, yang mana Pakatan Harapan dikhabarkan mahu mengusulkan undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mencetus krisis politik sehingga Perikatan Nasional membentuk kerajaan baharu, menggantikan Pakatan Harapan. - The Star.

Artikel Lain