RAKYAT Malaysia di Iran dan Itali, dua negara yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19, dijangka pulang minggu ini, kata Wisma Putra. Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, perbincangan antara pihak berkuasa Malaysia dan rakan-rakan sejawat dari Tehran dan Rom sedang dijalankan. "Kita berharap dapat menyelesaikan perkara ini dan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Iran dan Itali, kemungkinan pada minggu ini," katanya pada sidang media, Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Meningkat mendadak! 190 kes baharu Covid-19, jumlah terkini di Malaysia 428 kes ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat khas bawa rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba di KLIA ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Misi kedua bawa pulang 66 rakyat Malaysia dari Wuhan tiba di KLIA Kamaruddin berkata, kesemua 48 rakyat Malaysia yang mendaftar dengan kedutaan di Tehran akan dibawa pulang ke tanah air. "Daripada 323 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan kita di Rom, hanya 79 orang yang menyuarakan hasrat mereka untuk pulang ke tanah air. "Selebihnya mahu terus berada di Itali, kerana mereka sudah menjadi penduduk tetap di negara itu," katanya. Kamaruddin berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan memberi nasihat sekiranya terdapat keperluan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Sepanyol dan Korea Selatan. "Nadma sedang memantau keadaan global dengan terperinci, dan agensi itu akan memaklumkan kepada kita sekiranya terdapat keperluan seperti itu," katanya ketika ditanya mengenai perkara tersebut. - The Star