suria

Harga runcit petrol RON95 turun 38 sen, RON97 turun 36 sen... diesel pula turun 12 sen

Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel terus menunjukkan trend penurunan harga pada minggu ini.

RON95 dan RON97 misalnya, masing-masing turun sebanyak 38 sen dan 36 sen seliter berkuat-kuasa tengah malam ini hingga 27 Mac.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 turun 38 sen daripada RM1.82 sen seliter kepada RM1.44 seliter.

Harga runcit petrol RON97 pula turun sebanyak 36 sen seliter iaitu daripada RM2.10 seliter kepada RM1.74 seliter manakala harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM1.87 seliter kepada RM1.75 seliter.

"Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

"Di samping itu, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," ujar kenyataan itu.

harga minyak, APM

Artikel Lain