suria

Enggan buat ujian Covid-19, polis terpaksa datang ke rumah kontak rapat peserta tabligh

Tangkapan skrin rakaman video menunjukkan anggota polis dan pasukan perubatan datang untuk membawa seorang warga emas bagi menjalani ujian saringan Covid-19.

PASUKAN polis menerima panggilan untuk membantu membawa seorang lelaki yang enggan memberi kerjasama, bagi melakukan saringan Covid-19 di Labuan.

Beberapa video yang tular menunjukkan seorang lelaki diserahkan kepada anggota yang memakai kelengkapan perubatan di luar sebuah pangsapuri.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, insiden tersebut berlaku pada kira-kira pukul 4 petang Khamis (19 Mac).

"Anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Labuan, termasuk pasukan perubatan dari Hospital Labuan, terpaksa menggunakan peruntukan di bawah seksyen 15(2) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk melakukan saringan ke atas seorang lelaki berusia 68 tahun di pangsapuri kos rendah LDA, Taman Mutiara Sungai Bedaun, Bebuluh di Labuan.

ARTIKEL BERKAITAN: 110 kes baharu Covid-19 dicatatkan, jumlah terkini di Malaysia 900 kes

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor cemas, sekampung kecoh! Pemuda dakwa kontak pesakit positif Covid-19 lari dari bilik isolasi - “Dia tunduk muka, beritahu sesuatu yang mengejutkan”

"Individu tersebut sepatutnya tampil untuk melakukan ujian saringan dan kuarantin di Hospital Labuan kerana dia merupakan bapa dan kontak rapat kepada salah seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di Sri Petaling, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Berdasarkan siasatan oleh pihak hospital, individu tersebut disahkan sebagai kontak rapat," katanya.

Beliau menambah, peserta memberitahu pihak hospital bahawa individu berkenaan menetap di pangsapuri yang sama.

"Pada Selasa (17 Mac), individu berkenaan diarahkan untuk datang ke hospital secara sukarela bagi menjalani ujian saringan. Dia bagaimanapun enggan memberikan kerjasama.

"Pasukan perubatan kemudian menghubungi kita untuk mendapatkan bantuan, dan dua anggota polis dan seorang pegawai pergi ke lokasi," katanya sambil menambah bahawa mereka menyerahkan individu berkenaan kepada pasukan perubatan untuk ujian saringan dan proses kuarantin. - The Star

kontak, Covid-10, saringan, polis, Labuan, tabligh

Artikel Lain