suria

“Rakyat bukan musuh kami” - ATM guna dron, 3 juta ingkar PKP

Dron akan digunakan dalam masa terdekat untuk memantau pergerakan rakyat sepanjang tempoh PKP.

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) tidak akan menggunakan aset seperti kereta kebal dalam membantu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, penggunaan teknologi terkini diputuskan untuk pengawasan secara menyeluruh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tentera akan bantu polis pastikan rakyat patuh Perintah Kawalan Pergerakan - Ismail Sabri

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PM umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu

"Penggunaan dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) akan digunakan bagi mengawal dan memantau pergerakan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kerana penularan Covid-19 sehingga 31 Mac ini.

"Perkara ini sudah dibincangkan dan dengan menggunakan teknologi, ia boleh menambah baik pengawasan kita seperti mana dilakukan di China,” katanya ketika ditemubual dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang disiarkan RTM, pagi Isnin.

Beliau berkata, jika semuanya berjalan lancar, penggunaan teknologi itu dapat dilaksana dalam masa  terdekat.

"Rakyat Malaysia bukan musuh kami, mereka juga bukan sasaran yang bertindak agresif.

"Oleh itu, kami perlu melaksanakan misi seiring dengan situasi semasa," katanya yang memaklumkan tiga juta rakyat negara ini masih ingkar arahan PKP setakat ini.


 


dron, ATM, PKP, covid-19

Artikel Lain