suria

Mekanik individu pertama didakwa halang Ops #Covid-19

Tertuduh (tengah) dibawa anggota polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput, Isnin pagi.Foto: Abdullah Yusof

SEORANG mekanik, S. Punniamurthy, menjadi individu pertama didakwa kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas pemantauan Ops Covid-19.

Lelaki berusia 33 tahun itu dijatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak pada Isnin. 

Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh membayar denda RM5,000 yang dikenakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Punniamurthy didakwa dengan sengaja menghalang Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Juna Yusoff dalam menjalankan tugas dengan enggan menunjukkan pengenalan diri semasa diminta.

Dia melakukan kesalahan itu di Persiaran Orkid 8, Taman Orkid di sini kira-kira jam 10 malam Jumaat lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.


mekanik, Covid-19, Sungai Siput

Artikel Lain