suria

Tiga beranak positif Covid-19 mencari gembira dalam duka - “Penat dari segi mental berjauhan dengan anak... saya masih menyusu badan”

Keluarga ini menjalani isolasi selepas disahkan positif Covid-19.

SEORANG bayi berusia tiga bulan dan ibu bapanya menjalani isolasi bersama di Hospital Kota Bharu, Kelantan selepas disahkan positif Covid-19.

Suri rumah, Sharifah Farah Ayuni Syed Rosli, 29 dan ahli perniagaan Mohd Azlee Che Mohd Zaid, 32, kini dikuarantin seminggu bersama bayi lelaki mereka, Mir Ali Zaafar.

Kakak dan ibu kepada Azlee turut positif dan dikuarantin di bilik berasingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sekeluarga positif Covid-19, bapa ‘naik takut’ 5 anak viral... riang main TikTok dalam wad - “Baru tahu bagaimana pesakit rasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi

Dua lagi anak mereka, berusia lima dan tiga tahun pula negatif Covid-19 dan kini dijaga nenek mereka yang juga ibu kepada Sharifah Farah.

"Mula-mula kakak ipar saya yang positif. Kemudian pasukan perubatan buat saringan ke atas dua anak saya yang tinggal dengan makcik mereka. Dua anak saya negatif," kata Sharifah Farah.

Dia dan suami bagaimanapun mahu disaring juga memandangkan ada mengalami demam, batuk dan cirit-birit selama beberapa hari.

Setelah disahkan positif Covid-19, mereka dimasukkan ke Hospital Kota Bharu.

"Penat dari segi mental untuk berjauhan dengan anak dan saya memerlukan sokongan suami kerana masih menyusu badan," katanya menerusi temubual telefon pada Selasa.

Tambah Sharifah Farah, dia dan suami dipisahkan dengan panel kaca.

"Jika dia mahu tengok anak, dia perlu sanitasi diri sebelum masuk.

"Kakitangan hospital banyak membantu dan memberikan keselesaan. Walaupun derita sebab susu badan tak cukup, jururawat banyak membantu.

"Kami cuba jadikan ia detik yang terbaik. Saya banyak habiskan masa bermain dengan Mir Ali," katanya lagi.

Pasangan itu turut berkongsi video Mir Ali yang kelihatan riang.

Turut kelihatan bapanya sedang bergurau dengan Mir Ali disebalik panel kaca.

"Kami akan diuji lagi pada hari ke-13 dan jika dua kali berturut-turut negatif, kami akan dibenarkan pulang. Doalan kami," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengaran Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, keluarga itu dibenarkan duduk bersama selepas mereka disahkan positif.

"Tiada isu untuk letak pesakit yang ada pertalian dalam satu bilik jika mereka mahu memandangkan mereka sudah disahkan positif.

"Kaedah ini boleh membantu dari segi mental mereka semasa dikuarantin dalam tempah terhad begini dalam tempoh lama," katanya. - The Star.

Artikel Lain