suria

Ada 5 kategori pesakit Covid-19, tapi 69 kes positif kekal misteri... gagal kesan sumber jangkitan

KKM memaklumkan ada lima kategori jangkitan di Covid-19.

KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan wujud lima kategori jangkitan melibatkan pesakit Covid-19.

Jelasnya, kategori-kategori tersebut dipecahkan mengikut tahap jangkitan ke atas setiap pesakit yang disahkan positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes sporadik pertama Covid-19 dikesan di Malaysia

"Apabila kita melihat kepada kes, ada lima peringkat kategori. Kategori pertama, dia positif tetapi tiada gejala.

"Kategori yang kedua, dia positif ada gejala ringan. Kategori ketiga, dia ada radang paru-paru tapi tak memerlukan oksigen.

"Kategori keempat, ada radang paru-paru dan memerlukan oksigen dan kategori kelima memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata demikian sewaktu sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa petang.

Malaysia catat 69 kes sporadik setakat ini.

Tambahnya, 88 peratus kes di Malaysia berada dalam kategori satu dan dua diikuti tujuh peratus (kategori tiga) dan lima peratus (kategori empat dan lima).

Malah, jumlah pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di negara ini sekadar lima peratus sahaja, lebih rendah berbanding negara lain, sekitar 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan wujudnya 69 kes sporadik melibatkan pesakit di negara ini yang tidak dapat dikesan sumber jangkitannya.

"Kita ada kes sporadik tapi tak banyak. Tak tahu asal jangkitan dari mana.

"Ada juga kes sporadik, bila kita lihat... rupa-rupanya ada kaitan dengan kes perhimpunan masjid Sri Petaling dan gereja di Kuching.

"Jadi itu bukan sporadik sebab kita dapat kesan. Yang tak dapat kesan, 69 kes," katanya.

sporadik, Covid-19, PKP, KKM

Artikel Lain