KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini terdapat 25 kluster dan sub-kluster bagi pesakit Covid-19 di negara ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media, petang Isnin.
Dr Noor Hisham berkata, kluster yang terbesar adalah melibatkan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
ARTIKEL BERKAITAN: Kluster PUI Bali libatkan 20 individu termasuk 3 di ICU, seorang meninggal dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Peserta tabligh korban terkini Covid-19, jumlah positif baharu 134 kes
"Jumlah kluster yang terbesar adalah daripada perhimpunan di Masjid Seri Petaling iaitu kira-kira 38 peratus," katanya.
Antara kluster lain adalah perhimpunan gereja di Kuching, Sarawak dan majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor.
BERIKUT adalah jumlah kes bagi beberapa kluster jangkitan Covid-19 setakat Isnin 14 April 2020:
1. Kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling - 1,850 kes
2. Kluster perhimpunan gereja di Kuching, Sarawak - 117 kes
3. Kluster majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor - 96 kes
4. Kluster Itali (kes import) - 50 kes
5. Kluster Rembau - 53 kes
6. Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kluang, Johor - 201 kes
7. Kawasan PKPD di Hulu Langat, Selangor - 420 kes
8. Kawasan PKPD di Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur - 39 kes
9. Kawasan PKPD di bangunan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur - 4 kes
10. Kawasan PKPD di bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur - 82 kes
11. Kluster pesakit di bawah siasatan (PUI) Bali di Kuantan, Pahang - 20 kes