PEGAWAI polis yang didakwa memperkosa dua wanita Mongolia baru-baru ini, telah digantung tugas sehingga siasatan kes tersebut selesai, demikian kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal. Menurut Nik Ezanee, surat penggantungan itu diserahkan kepada suspek yang berpangkat Inspektor pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor polis disyaki culik sebelum rogol dua wanita semasa sekatan PKP ditahan Beliau juga berkata kedua-dua mangsa bersama tiga yang lain telah ditempatkan di bawah perintah perlindungan interim (IPO). "Kami telah menyerahkan kertas siasatan ke Bukit Aman dan ada beberapa tindakan yang perlu kami laksanakan sebelum menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya," katanya pada Khamis. Kedua-dua wanita warga asing itu didakwa dirogol setelah mereka ditahan suspek ketika sekatan jalan raya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Suspek diberkas berdasarkan risikan polis dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. - THE STAR